Skip to main content

Nama PTJ / School  |  Kampus Kesihatan

HEBAHAN IKLAN KEMAJUAN KERJAYA STAF PENTADBIRAN (HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) TAHUN 2024

HEBAHAN IKLAN KEMAJUAN KERJAYA STAF PENTADBIRAN (HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA) TAHUN 2024

  • KUMPULAN PELAKSANA

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemajuan kerjaya bagi staf Kumpulan Pelaksana dibuka mulai 21 Februari 2024 (Rabu) hingga 07 Mac 2024 (Khamis).

Hebahan Iklan dan Jawatan Kemajuan Kerjaya yang dibukan untuk permohonan adalah seperti berikut:

SYARAT-SYARAT UMUM KENAIKAN PANGKAT DI USM ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.       Disahkan dalam perkhidmatan.

2.       Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

3.       Bebas daripada hukuman tatatertib, Ombudsman dan Arahan Perbendaharaan 59 (AP 59) - semakan diuruskan oleh urus setia.

4.       Telah mengisytiharkan harta – pemohon dikehendaki membuat pengisytiharan harta melalui CampusOnline menggunakan aplikasi EHarta.

5.       Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – semakan diuruskan oleh urus setia.

6.       Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan: Markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan [LPPT] purata tidak kurang 80% bagi tiga (3) tahun terakhir – markah yang diambil kira ialah LPP Tahun 2020, 2021 dan 2022.

MAKLUMAN PENTING

1.       Permohonan kenaikan pangkat akan dianggap terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar dan palsu.

2.       Pihak Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan calon.

3.       Universiti berhak untuk tidak menaikkan pangkat calon ke jawatan berkenaan jika tiada calon yang layak.

4.       Calon yang dinaikkan pangkat tidak boleh menerimanya secara bersyarat.

TATACARA PERMOHONAN KEMAJUAN KERJAYA KE GRED JAWATAN PELAKSANA

1.       Permohonan hendaklah dibuat melalui sistem MyKerjaya@USM dengan melengkapkan maklumat Pengakuan Pemohon.

2.       Semua pemohon hendaklah memastikan maklumat Deskripsi Tugas dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) di dalam sistem MyPerformance dikemaskini.

3.       Pemohon hendaklah mengemaskini perisytiharan harta melalui Campus Online menggunakan aplikasi EHarta.

TATACARA PENILAIAN OLEH PEGAWAI PENILAI PERTAMA (PPP)/ PEGAWAI PENILAI KEDUA (PPK)/ KETUA JABATAN (KJ)

1.       Penilaian hendaklah dibuat melalui Sistem MyKerjaya@USM menggunakan menu Penilaian.

2.       PPP, PPK dan KJ boleh terus menilai calon apabila menerima e-mel makluman penilaian daripada sistem MyKerjaya@USM.

3.       Tarikh Penilaian Kemajuan Kerjaya oleh PPP/PPK/KJ adalah pada 21 Februari 2024 (Rabu) hingga 14 Mac 2024 (Khamis)

MAKLUMAN KEPADA KETUA JABATAN (KJ)

1.       Ketua Jabatan akan menerima makluman permohonan kemajuan kerjaya oleh staf Pelaksana selepas PPP dan PPK selesai menilai staf.

2.       Ketua Jabatan boleh terus mengakses borang penilaian PPP dan PPK apabila menerima e-mel makluman daripada sistem MyKerjaya@USM.