Dasar Kualiti
"Kami Beriltizam dan komited untuk memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta melahirkan siswazah yang cemerlang dan holistik. Kami yakin komitmen yang padu ke arah penambahbaikan berterusan akan memacu kecermelangan organisasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa."
Objektif Kualiti
- Memaklumkan panggilan temu duga kepada calondalam tempoh tidak kurang daripada tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh temuduga.
- Mengeluarkan dokumen rasmi bagi permohonan jawatan, pengesahan, kenaikan pangkat, lanjutan perkhidmatan, Cuti Belajar, Suti Sabatikal dan latihan Sub Bidang kepada pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat kelulusan rasmi Pihak Pengurusan Universiti.
- Memaklumkan keputusan peperiksaan staf kepada calon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh terima keputusan tersebut dari Urusetia Peperiksaan, Kampus Induk.
- Memproses dan menghantarsemua bil dan tuntutan bayaran ke Jabatan Bendahari dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh penerimaan bil.
Piagam Pelanggan
- Jabatan Pendaftar akan memberikan layanan yang mesra, cepat dan cekap setiap masa.
- Jabatan Pendaftar akan mengeluarkan Surat Pengesahan Majikan (GL) dalam tempoh satu (1) hari bekerja daripada tarikh permohonan.
- Jabatan Pendaftar akan memaklumkan panggilan temuduga kepada calon dalam tempoh tidak kurang daripada tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh temuduga.
- Jabatan Pendaftar akan memklumkan kepada pemohon tentang keputusan permohonan jawatan dalam tempoh selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat kelulusan rasmi Pihak Pengurusan Universiti.
- Jabatan Pendaftar akan mengeluarkan surat pengesahan dalam jawatandalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat kelulusan rasmi Pihak Pengurusan Universiti.
- Jabatan Pendaftar akan mengeluarkan surat tawaran sementara Cuti Belajar/Cuti Sabatikal/Latihan Sub-Bidang dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah mendapat kelulusan rasmi Pihak Pengurusan Universiti.
- Jabatan Pendaftar akan memaklumkan keputusan peperiksaan staf kepada calon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh terima keputusan tersebut dari Urusetia Peperiksaan, Kampus Induk.
- Jabatan Pendaftar akan menghantar dokumen visa/pas ke Jabatan Imigresen dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap daripada pelanggan untuk kelulusan.
- Jabatan Pendaftar akan menyediakan dan menyerahkan bantuan pengurusan jenazah kepada waris dalam tempoh 24 jam bagi kes dalam negeri Kelantan dan 48 jam bagi kes luar negeri Kelantan dari tarikh menerima laporan.